Sunday, March 28, 2010

Kem Motivasi Membina Insan Cemerlang

Fasilitator yang terlibat dalam Kem Motivasi


Assalamualaikum....sahabat-sahabatku...Alhamdulillah akhirnya...aku berpeluang untuk post sesuatu ke blog ini...aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat illahi kerana masih memberiku kekuatan untuk meneruskan perjalanan hidup ini...
Sahabatku,pada hari sabtu iaitu 27Mac 2010 aku telah mengikuti satu program SAHAM iaitu Kem Membina Insan Cemerlang di Kg Sungai Soi....aku telah diberi peluang untuk menjalankan tugas sebagai fasilitator oleh kak SAHAM...pada mulanya bila kak SAHAM tanya nak tak jadi fasilitator untuk satu program SAHAM...aku terus menjawab "Ya kak nak"....tanpa berfikir panjang...walaupun aku tahu banyak lagi tugasku yang lain...tapi entah kenapa pada saat itu aku langsung terfikir pasal perkara itu semua...sebaliknya sepanjang hari itu (Jumaat) aku tak sabar untuk menunggu untuk mengikuti program itu..kalau diikutkan jadual kena berada di sana pada Jumaat tapi disebabkan ada perjumpaan Sekteriart aku terpaksa bergerak kesana keesokkan harinya....sebelum kesana aku pastikan semua tugasan aku untuk minggu depan siap...alhamdulillah aku berjaya melaksanakannya...hehe....malah sepanjang hari itu aku tidak sabar untuk menunggu kehadiran Sabtu..walaupun aku tidak pernah menjalankan tugas sebagai fasilitator tapi aku berasa begitu teruja dan bersemangat..lebih-lebih lagi apabila aku dapat tahu program ini melibatkan remaja....kalau nak tahu dah lama aku menantikan saat-saat ini...aku tahu diriku tidak sempurna tapi aku ingin berusaha mengubah diri aku...ke arah jalan yang diredhaiNya....sebab aku tahu tiada manusia di dunia ini perfect..setiap orang perlu berusaha memperbaiki diri mereka...lebih-lebih lagi Allah s.w.t suka hamba-hambanya yang selalu berusaha untuk mendekatkan diri mereka kepadaNya serta melakukan amar makruf nahi mungkar...aku berasa begitu yakin yang aku akan dapat something yang sangat bermakna daripada program ini....heeeee..
Pada hari Sabtu,aku dan seorang lagi sahabatku Miza bergerak ke tempat tersebut,kami dibawa oleh ketua fasilitator program,perjalanan kesana dari UMP mengambil masa lebih kurang 45 min...dalam tempoh perjalanan ketua menerangkan keadaan sebenar dan matlamat program ini serta tugas kami sesampai disana...penerangan yang diberikannya mula menarik perhatian aku...aku berharap aku dapat laksanakan tugasku ini dengan baik...walaupun aku berasa excited namun aku tahu tugas sebagai fasilitator ini adalah satu amanah kepada diriku dan tugas ini agak mencabar memandangkan ini pertama kali aku jadi fasi.....(aku hanya mampu berdoa semuanya berjalan lancar)...pada saat itu aku mananam tekad untuk memberi sedikit sumbangan dalam program ilmu ini...aku tahu diriku tidak sebaik fasi2 yang lain..tetapi aku akan cuba ...Kem ini berlangsung di masjid kg Sg Soi...sesampai disana aku terus masuk ke kumpulan satu dan mula menjalankan tugasku sebagai fasilitator....aku dan kak Nurul adalah fasi yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kumpulan 1....sebenarnya ada 3 kumpulan muslimat dan 2 kumpulan muslimin ....dan ada 11 orang fasilitator yang terlibat..semasa aku sampai sana mereka ingin memulakan satu ldk....iaitu mengecam perbezaan yang terdapat dua lukisan..kedua-dua lukisan itu nampak serupa tetapi sebenarnya ada perbezaannya....walaupun pada mulanya aku tak faham maksud LDK ini tetapi alhamdulillah akhirnya aku mengetahui jugak maksud yang tersirat dari gambar ini...sebenarnya ia ingin menjelaskan bahawa setiap manusai ada pendapat dan pandangan mereka tersendiri..dan kita perlu meneliti dan mendengar setiap pandangan ahli kita...kita perlu bersikap terbuka dan jangan mementingkan diri sendiri....kemudian ketua fasilitator memberi sedikit pengisian pada peserta(adik-adik yang terlibat).....ada permainan BINGO,BING,dan FIK...bila difikirkan balik memang kelakar..tetapi ia dilaksanakan untuk mengurangkan tekanan serta untuk mengeratkan hubungan adik-adik dengan fasi....aku mula berkenalan dengan peserta kumpulan 1..mereka terdiri dari pelajar tahun 6,tingkatan 3,4 dan 5...aku bertaaruf dengan mereka sekejap...pada waktu itu,aku sedang mempraktikkan apa yang diajar kepadaku semasa aku mengikuti Smart Group..aku risau takut-takut adik-adik tersebut tak bole nak terima kehadiran aku sebagi fasi..tetapi alhamdulillah respon mereka sangat baik..kemudian ada penceramah dari POLISAS iaitu Pn Sabrina datang untuk memberi ceramah tentang perancangan masa depan kepda peserta2 memandangkan mereka ini adalah pelajar UPSR,PMR dan SPM...pn Sabrina telah memberi satu tugasan pada peserta untuk menulis surat pada ibu atau ayah mereka untuk menyampaikan rasa kekesalam mereka serta matlamat hidup mereka...pada waktu ini,ramai adik2 yang tanya apa yang patut tulis kak....aku menjelaskan sedikit apa yang aku tahu dan faham....aku dapat tahu ada dalam kalangan mereka telah kehilangan ayah,atau ibu,...aku rasa sedih dan sebak....usia mereka terlalu muda tetapi aku tahu semua yang terjadi pasti ada hikmahnya..selepas aktiviti ceramah....peserta dibenarkan berehat dan solat asar berjemaah....semasa waktu berehat ini ada sesuatu telah berlaku....aku berasa sangat sedih...tetapi aku kuatkan semangat jugak...aku tahu setiap yang berlaku adalah kuasa Allah s.w.t.....aku mula kuatkan hati....pada waktu petang kami telah adakan riadah..muslimin dan muslimat melakukan riadah secara berasingan....ada diantara peserta bertanya kepda aku kenapa lelaki dan perempuan tidak bercampur melakukan aktiviti riadah..aku jelaskan kepda mereka dengan jawapan yang mudah mereka faham...tetapi da juga membantah...aku bersabar melayan kerenah mereka...aku tahu tidak berguna marah atau bercakap telampau tegas kepada mereka...pendekatan yang digunakan perlulah berbeza....aktiviti riadah tersebut dilaksanakan bagi melihat tahap kerjasama dalam kalangan mereka...aku dan fasi2 lain tidak berpuas hati dengan respon yang mereka berikan ..jadi kami menegur secara baik dan menerangkan matlamta utama aktiviti ini....kami juga ada lakukan aktivit permainan yang lain...(rahsia)..hehh...kemudian kami (fasi) ke rumah kak Lin seorang ibu kepada salah seorang peserta program untuk berehat(bersiap untuk aktiviti seterusnya)...sementara itu..di masjid telah berlangsung solat maghrib berjemaah dan tazkirah maghrib yang disampaikan oleh salah seorang fasilitator muslimin..dan juga solat isyak.....setelah lebih setengah jam di rumah kak Lin kami bertolak semula ke masjid untuk aktiviti seterusnya...iaitu ceramah oleh seorang penceramah(maaf tak ingat nama penceramah tersebut)...ceramah yang diberikan lebih bertumpu untuk membangkitkan semangat peserta-peserta yang terlibat dalam memajukan diri mereka dalam semua aspek terutamanya dalam mengikuti ajaran islam yang sepenuhnya serta ilmu pengetahuan...semasa berlangsungnya aktiviti ini...kami fasi telah mengadakan perjumpaan sementara untuk aktiviti kemuncak malam tersebut iaitu........"Muhasabah Diri"....sudah semestinya semua kem akan ada sesi muhasabah diri...kami berbincang tentang prosedur pelaksanaannya....selepas sesi ceramah tamat....ketua fasilitator...telah mengarahkan semua peserta untuk berehat sehingga pukul 11..15 malam...kami (fasi2) mengemas kawasan dalam masjid...selepas mengemas....salah seorang fasi muslimat (yaya) telah guide peserta dan memberi sedikit pengisian...semasa itu,aku turut menjalankan tanggungjawabku sebagai kak....aku menerangkan tentang pemakaian menutup aurat kepada adik2 muslimat...aku tahu aku bukan terbaik..tetapi aku sama2 berusaha memperbaiki diriku...so aku terangkan sesimple yang bole bagi memastikan mereka faham apa yang dimaksudkan dengan menutup aurat....bagi aku aurat adalah makhota bagi setiap insan yang bergelar "wanita,perempuan"....jadi menjadi tugas aku membetulkan apa yang salah...sesungguhnya setiap manusia itu adalah khalifah di muka bumi ini.....setiap fasi mengambil peluang menberi sedikit pengisian kepada peserta2...kemudian tepat pukul 11.15 aktiviti kemuncak bermula....semua peserta telah diarahkan untuk mengikat mata mereka dengan kain dan tidak dibenarkan buka ikatan sampai disuruh....lampu ditutup bagi membawa situasi sebenar....fasi yang bertanggungjawab telah menanyakan soalan2 yang telah menyebabkan peserta2 sebak dan menangis...contohnya..siapa
diantara anda pernah terasa marah terhadap ibu dan ayah...yang pertama kali solat subuh...mendedahkan aurat..dan sebagainya...semua peserta menangis menyesali perbuatan mereka....aku berharap tangisan mereka pada malam itu mampu mengubah mereka....mereka telah berjanji akan berubah menjadi seorang baik yang akan melaksanakan amar makruf dan mencegah kemungkaran....aku berharap peserta2 ini yang sebaya adikku akan berubah ke arah kebaikan..setiap kakak ingin melihat adiknya berubah dan berada di jln yang diredhai olehNya..begitu juga aku...walaupun peserta tersebut bukan adik aku tetapi...sesungguhnya setiap umat islam dengan umat islam yang lain adalah bersaudara...dan menjadi tanggungjawab kita untuk memperbetulkan yang mana salah....kemudiannya....mereka diarahkan masuk tidur awal keranam keesokkannya mereka akan bangun wal untuk qiamulail.....ramai diantara mereka tidak tahu apa itu qiam...jadi aku dan fasi2 yang lain telah memainkan peranan untuk menerangkan kepada mereka....keesokkannya semua peserta bangun pukul4.30 untuk qiamulail...selepas itu ada solat subuh dan tazkirah subuh...selepas itu pada pukul 8 pagi selepas sarapan bermulanya aktiviti gotong-royong...setiap peserta dibhagikan kepada kumpulan untuk membersihkan kawasan masjid bagi program seterusnya iaitu majlis penutup yang dihadiri oleh YB Adun Tanjung Lumpur....selepas aktiviti gotong-royong....peserta disuruh menghafal lagu kem....dan borang kaji selidik serta lafaz janji diedarkan pada peserta...bagi dipersembahkan pada ibubapa sewaktu majlis penutup dijalankan...semasa majlis penutup,YB telah memberi sedikit ceramah dan telah menyampaikan sedikit cenderamata kepda mantan imam,fasilitator,dan peserta2....selepas itu semua peserta dan ibubapa menunaikan solat zuhur...dan menjamu makan tengah hari...kemudian ada tayangan...tentang pelaksanan program ini dari awal hingga akhir..selepas tayangan peserta diarahkan menyerahkan surat lafaz janji pada ibu dan ayah mereka..selepas itu,ada sesi bersalam -salaman dengan semua peserta....aku tersentuh bila ada dalam kalangan peserta menangis...aku doakn mereka menjadi mukmin yang beriman yang sentiasa berada di jalan yang benar..aku hanya mampu menasihati dan mendoakan mereka....insyaAllah..aku berharap mereka akan mempraktikkan apa yang mereka pelajari sepanjang kem ini...aku pasti merindui saat disamping mereka..mereka baik..cuma perlukan sokongan untuk berubah dan maju...aku ingin melihat mereka berjaya dalam semua aspek bukan sahaja agama tetapi juga dalam pelajaran.....
Ya Allah...aku memanjatkan kesyukuran kerana Engkau aku dapat hadirkan serta menyertai kem ini...aku berharap segala ilmu,pengalaman dan pengajaran yang diperolehi akan aku pratikkan..insyaAllah...pada semua fasilitator terima kasih kerana kita dapat berkerjasama....serta pada kakak dan abang2 SAHAM terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai program ini....saya ingin mohon maaf sekiranya saya gagal menjalankan tugas saya....apa2 pun terima kasih...dan diharap program sebegini dilaksanakan selalu...insyaAllah....

Wednesday, March 24, 2010

......Cinta Dalam Islam..........





.....AzImAt Ibu...........

langit kirmizi menghantar dirimu menuju jln pulang
hari-hari indah bersamamu bertaburdi tanah kenangan
wajah berona simpati kau tatapi buatkali t'akhir
sedih & sayu dari kamar atma mengundang air mata

Hanya rindu & doa buatmu
semoga kau tenang dan bahagia
agar syurga menjadi milikmu
bukan hanya di telapak kakimu

menumpang di segenap ruang yg ada di lubuk p'kasihan
begitu indah setiap detik di dlm rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu

setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam

di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan
bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu
tiada yg terindahdiduni dapat mengganti hilangmu
pilahan yg terbaik takkan dapat mengisi relung hatimu

Sunday, March 21, 2010

`MAHER ZAIN`...ALWAYS BE THERE




Assalamualaikum...

Hayatilah lirik lagu ini....

Allahuakbar…

If you ask me about Allah
And what I know about it
I’ll answer will be .....

It’s everything about Allah
The pure love to our soul
Who have created you and me,
The heaven and whole universe
The One that made us hold and free
The Guardian of His True believers

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promises to you
He’ll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He’ll always be there

He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He’ll always be there ...

Could bring the sun from the darkness
Into the light
Subhanallah
Capable of everything
Should never feel afraid of anything
As long as we follow His guidance
All the way through a short time
We have in this life
Soon it’ll all be over
And we’ll be in His heaven
And we’ll all be fined

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promises to you
He’ll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He’ll always be there
He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little Heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He’ll always be there

Allahuakbar