Assalamualaikum....
Memandangkan kita baru sahaja masuk ke tahun baru iaitu Tahun 2011, saya ingin post sesuatu berkaitan dengan sambutan Tahun Baru Masihi dalam Islam.
Berdasarkan peredaran bulan dan matahari manusia mencipta kalendar Hijriah dan Masehi. Bagaimanapun, kalendar Masehi lebih banyak digunakan dalam pelbagai urusan, manakala kalendar Hijriah sesekali saja dan itu pun untuk tujuan keagamaan.
Apa pun, kedua-dua sistem kalendar itu atas ketentuan Allah.
Ayat 5, surah Yunus bermaksud: *Dialah (Allah) yang menjadikan matahari bersinar-sinar dan bulan bercahaya. Dialah yang menentukan perjalanan setiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat peredarannya masing-masing supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa....*
Rasulullah menetapkan umat Islam mesti mengikut peredaran bulan bagi menentukan bulan dan tahun mereka, bukannya peredaran matahari. Ia bertepatan dengan sabda baginda yang menjelaskan setiap bulan sama ada 29 atau 30 hari.
Jika mengikut kalendar Masihi, kita kini berada di tahun baru (2011 bersaman dengan 1432 Hijrah). Bagi kebanyakan anggota masyarakat, ketibaan tahun baru ini sudah tentu menjadi satu kebanggaan, tidak kira mereka hamba yang taat, suka melakukan maksiat, kufur terhadap Allah atau langsung tidak mempunyai ideologi dan ianya akan disambut dengan penuh meriah.
Sebagaimana di negara kita, kebanyakkan anak remaja akan menyambut dengan berlumba motosikal dan terlibat dalam dengan pelbagai gegala yang tidak sihat.Bagi pandangan mereka ianya betul dan inilah cara sebenar untuk menyambutnya....
Namun begitu, terdapat jugak hamba yang takut terhadap Allah menyambutnya dengan penuh rasa keinsafan dan menyesal atas kesilapan tahun lalu, malah berazam untuk tidak melakukannya lagi. Mereka juga istiqamah pada landasan pengabdian.
Mereka yang lalai lazimnya menyambut kedatangan tahun baru dengan pesta yang boleh mendatangkan unsur syirik dan maksiat. Golongan ini, sama ada dalam keadaan sedar atau tidak memekik seperti dirasuk.
Di samping itu, sambutan Tahun Baru Masihi lebih mendapat sambutan berbanding sambutan Tahun Baru Hijrah yang disambut dalam bulan Muharam mengikut kalendar Islam.Demi menyambut Tahun Baru Masihi mereka sanggup untuk berjaga malam untuk menanti saat 12 tengah malam dan berkumpul bersama kawan-kawan, tetapi bila disuruh melakukan amar makruf nahi mungkar mengikut syariat Islam ?Tidak ramai yang turun padang...
Menyambut tahun baru tidak salah tetapi perlulah mengikut tetapan yang betul berlandaskan syariat Islam.Di negara kita , kedatangan Tahun Baru Hijrah disambut dengan bacaan yasin dan solat hajat secara berjemaah disurau,madrasah dan masjid, perkara yang sama juga sepatutnya dilakukan bagi meyambut kedatangan tahun Baru Masihi dan bukanyan dengan aktiviti lumba haram dan gejala2 lain yang sering dilakukan oleh remaja sekarang serta turut disertai dengan golongan dewasa.
Tahun baru yang tiba membuka lembaranan baru kepada semua anggota masyarakat,siang malam yang silih berganti menyebabkan ada segelintir masyarakat terpinga-pinga dan gelisah memikirkan kedatangan tahun tersebut kerana banyak kerja yang belum dilaksanakan ...
Firman Allah s.w.t..dalam surah Al-Asr(1-3)..."Demi masa sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali bagi mereka yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan penuh kesabaran"...
Oleh sebab itu, masa yang diberikan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dan perancangan yang teliti perlu dilakukan agar kita tidak menyesal di kemudian hari.Setiap kali tahun baru, setiap manusia akan mempunyai azam dan matlamat yang sendiri,maka bagi memastikan pelaksanaan,keberkesanan dan kejayaan azam tersebut perancangan yang teliti perlu dilakukan.Disamping itu, matlamat dan azam tersebut hendaklah bertetapan dengan syariat Islam serta mampu memberi manfaat kepada diri sendiri,keluarga ,masyarakat, negara dan yang paling penting kepada agama...
Semoga kedatangan Tahun Baru ini disambut dengan cara yang betul, dan kita sebagai hamba Allah dimuka bumi ini patut bersyukur ke hadrat-Nya kerana masih diberi kesempatan untuk bernyawa dan meneruskan kehidupan dunia.Jadi gunakan nikmat ini untuk mendapatkan keredhaanNya dan ingatlah tugas kita sebagai khalifah dimuka bumi dalam menyuruh manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran..
"Dan orang-orang yang beriman ,laki-laki dan perempuan, sebahagiannya menjadi penolong kepada sebahagian yang lain, sentiasa meyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran, melaksanakan solat, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan RasulNya.Mereka diberi rahmat oleh Allah.Sesunggunhnya Allah Maha Memperkasa, Maha Bijakasana"...surah At-Taubah (71)