Assalamualaikum
wbt…
Apa khabar semua ?Semoga kalian semua sentiasa dalam keredhaan dan
rahmatNya.Bagaimana perjalanan kehidupan kaliandi hujung semester
ini:Adakah kalian sibuk dengan assignment yang berlambak2 serta test2 yang masih
belum selesai lagi? Semoga kalian semua tidak tergugat dengan cabaran hidup
sebagai seorang pelajar dan terus bersemangat untuk lakukan yang terbaik dalam
semua perkara hanya demi mencapai keredhaan Allah s.w.t.
Dah terlalu lama rasannya saya tidak posting kat blog nie.Syukur Alhamdulillah akhirnya Allah bagi peluang untuk menggerakkan tangan ini untuk taip sesuatu agar ia menjadi manfaat kepada semua yang membacanya.InsyaAllah
Disini, saya ingin
berkongsi sedikit TIPS BELAJAR MENURUT ISLAM…
1. Perbetulkan
niat
Ingat
:niat belajar hanya kerana Allah s.w.t. Memang boleh kita berniat untuk
mendapatkan keputusan cemerlang dengan CPA 4.0 tapi niat utama kita menuntut
ilmu adalah untuk mencapai keberkatan dan keredhaanNya.
Setiap
kali berjalan ke bilik kuliah perbaharui niat kita dan ikhlaskan hati untuk
menuntut ilmu.Jangan rasa tertekan setiap kali ingin mengulang kaji pelajaran
dan buang jauh2 perasaan /mind setting mengatakan subjek tersebut adalah susah.
Refresh kembali surah
al-Baqarah ayat 286
2.
Jangan lupa
membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.
Wudhuk
menjauhkan kita daripada gangguan syaitan, kita akan rasa lebih tenang serta
mudah untuk mengulangkaji pelajaran.Malah ia merupakan salah satu cara untuk
menghilangkan mengantuk serta membantu kita supaya lebih fokus dalam subjek
yang tengah dibaca. Kalau boleh
biasakan diri mulakan ulangkaji dengan membaca ayat2 al-Quran
(sekurang-kurangnya sepotong ayat).
3. Disiplinkan diri: Fokus dan membuat nota ringkas
Pastikan
kalian mengikut peruntukkan masa belajar yang telah dirancang (bagi mereka yang
ada jadual belajar, pastikan (FOLLOW THE TIMETABLE THAT YOU ALREADY SET). Jangan
bagi alasan dan ikut waktu belajar masing2, sebab sesetengah orang suka belajar
waktu sebelum subuh jadi pastikan anda “grab’ waktu tersebut betul2..kerana waktu
yang pergi tidak akan kembali semula..sesungguhnya waktu itu amatlah berharga..Refresh surah Al-ASR (1-3).
Biasakan
diri setiap kali mengulangkaji pelajaran pen dan kertas ada bersama anda supaya
senang nak buat nota ringkas lepas sahaja habis belajar mana2 chapter.
Apabila kita rasa tertekan kerana berkali-kali
sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham serta apabila ada
sesuatu yang menghalang fokus, pergi perbaharui wudhuk dan selepas itu rehatkan
diri sebentar sebelum mengulangkaji semula. Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya
tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.InsyaAllah
4.
Mengutamakan
apa yang utama (Prioriti)
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Mu’minuun
"dan orang-orang yang menjauhkan diri
dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)."
Kebiasaannya
dalam menghadapi musim peperiksaan ataupun musim terlalu banyak kerja akademik
yang penuh dengan tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda
dengan hiburan contohnya menonton drama, bersembang di Facebook dan
seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang
telah kita peruntukkan.
Sebaik-baiknya
kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita
dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok
baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan
bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.Namun, lebih baik
sekiranya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat
sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah
SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita
mengulangkaji pelajaran.Saranan,
kalau boleh selesaikan semua tugasan harian sebelum anda duduk untuk
mengulangkaji pelajaran agar fokus anda tidak lari.InsyaAllah
5.
Jaga hubungan antara lelaki dan
perempuan
"dan
orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri
mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal
ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang
yang melampaui batas." Surah al-mu’minuun
Janganlah
kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara
lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang
ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda kat
facebook/ym/skype.Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan
sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya. SEEK FOR HIM (ALLAH) WHENEVER YOU
FACED PROBLEM, RATHER THAN YOU SEEK FOR HUMAN!!ALLAH KNOWS US BETTER THAN
OTHERS.
6.
Utamakan
seruan Allah S.W.T.
Sahabat2ku…perkara
nie selalu kita terlepas pandang, bilamana kita sibuk menyiapkan tugasan
akademik kita sampai melewat-lewatkan waktu solat..padahal berbanding akademik
tuntutan solat adalah kewajipan bagi setiap umat islam.Jadi,pesanan kepada
semua bilamana sahaja azan berkumandang ataupun yakin telah masuk waktu
solat,hentikanlah segala urusan dunia dan tunaikanlah kewajipan kita sebagai
hambaNya.Jadikan solat sebagai salah satu tempat utama kita mencari kekuatan
kita kembali bilamana sahaja kita rasa lemah/down.InsyaAllah,yakinlah bilamana
kita utamakan urusan Allah berbanding urusan2 lain Allah akan permudahkan
segala urusan kita tersebut.SOLAT ADALAH TIANG AGAMA DAN MERUPAKAN MEDIUM
PERANTARA BAGI SETIAP HAMBANYA BERHUBUNG DENGAN MAHA PENCIPTA.
Kesimpulannya,
kepada semua pembaca yang dirahmati Allah, semoga tips ini dapat membantu
sedikit sebanyak dalam meneruskan perjuangan antum semua dalam medan akademik
dan dakwah. Matlamat
kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan
daripada Allah S.W.T.
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang
hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk
mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk
bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
Jadi,janganlah kalian semua rasa lemah kerana sudah kebiasaan
dan kemestiaan bahawa setiap yang berjuang pada jalan Allah akan merasai detik2
nikmat yang sangat indah walaupun terpaksa melalui liku2 perjuangan yang perit
dan pahit.Ingatlah dan yakinlah dengan janji Allah kepada mereka yang menolong
agamaNya.
Surah Muhammad (7)
“Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu menolong
agamaAllah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”
Surah Ali-Imran 160
“Jika Allah menolong kamu maka tidak ada orang yang dapat
mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan
kamu maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu?Kerana itu hendaklah
kepada Allah saja orang mukmin bertawakal”
*setiap apa yang ditulis diatas adalah peringatan kepada diri
saya yang lemah..SELAMAT BERAMAL....Berubah HANYA kerana ALLAH...
Wassallam..