Friday, January 22, 2010

~Tips Menjadi Pelajar Cemerlang~

Assalamualaikum...'
Tips untuk menjadi pelajar cemerlang adalah seperti berikut:
1. Cinta kepada Allah s.w.t dan rasul-Nya.

Melakukan semua yang disuruh oleh Allah s.w.t dan meninggalkan larangan-Nya.Sentiasa

menyebarkan dakwah islamiah kepada semua umat manusia dengan mengamalkan amar

makruf dan nahi mungkar.Sentiasa beribadah dan memperbanyakkan amalan2 sunat bagi

mendapatkan keredhaan-Nya..Sesungguhnya,ia membantu kita dalam proses menuntut ilmu.

2. Cinta kepada keluarga sendiri.

Berusaha mendapatkan kejayaan agar dapat menggembirakan ahli keluarga kita terutamanya

mak ayah yang telah bersusah payah membesarkan,mendidik dan memberi segala keperluan

kepada kita.Kita perlu menjaga kepercayaan yang telah diberikan oleh mereka terhadap diri

kita.Jadilah anak yang mengenang budi dan jasa mereka...berbakti lah kepada mereka selagi

kita mampu melakukannya.Berusaha menjadi role model kepada ahli keluarga kita...

3. Cinta kepada ilmu.

Berusaha mencari ilmu sebanyak yang mungkin agar dapat diamalkan bagi memajukan agama,

bangsa,keluarga dan negara.Pastikan ilmu yang dicari tidak berfokus pada ilmu keduniaan

semata -mata tetapi jugak mesti mengutamakan ilmu agama sebagai bekalan bagi kita di

akhirat nanti.Sebarkan ilmu yang dimiliki kepada semua.Berusaha mencari ilmu walau ke

negara China sekalipun.Sesungguhnya orang yang jahil,jasadnya telah mati dan dikuburkan

sebelum jasadnya dikuburkan...

4. Cinta kepada persaingan.

Persaingan yang dimaksudkan adalah persaingan yang sihat sesama rakan bagi berusaha

memajukan diri sendiri.Persaingan sangat penting bagi memupuk sikap gigih dalam diri

seseorang.Persaingan tersebut bukan bertujuan untuk menjatuhkan orang lain tetapi bagi

membantu membina semangat berusaha untuk mencapai kemajuan...

Sekian..marilah kita sama berusaha memajukan diri dan berusaha menjadi pelajar cemerlang.

Wednesday, January 20, 2010

~assignment~

Ya Allah....this semester quite challenging....just going to fourth week but already need to prepare for many final project....almost all the subject need to do final project....this quite scary....i'm scared i would not able to make it......this morning i had discussion with my group member regarding our final project for techinal writting....although we get some idea's but we still did not sure with the product that we already choose...........for this project i need 2 mix wit guys....although it's quite hard to communicate with them firstly....but alhamdulillah too far k....i just hope they can give their cooperation to all of the members in my group....maybe after this i'm goin too have many assigment for other subject...........i just hope that i would able to face them all...ready 4 any project....most improtant i hope i can do all the assignment and project on time.....insyaAllah....

Wednesday, January 13, 2010

~Hi Goat~Susu Kambing Segera....


Assalamualaikum....

Bagi pengetahuan semua,susu kambing merupakan susu kambing terbaik selepas susu ibu.Selalunya,apabila menyebut susu kita sering membayangkan susu lembu.Walhal susu kambing lebih tinggi manfaatnya dan khasiat jika dibandingkan dengan susu lembu.Dari segi proses penghadaman, susu kambing lebih mudah dihadamkan kerana molekul lemaknya yang lebih kecil.Masyarakat kurang berminat untuk mengamalkan minum susu kambing adalah disebabkan tanggapan bahawa ianya boleh menyebabkan darah tinggi dan panas.Tetapi hakikatnya,susu kambing berfungsi menstabilkan tekanan darah, jantung dan banyak lagi.Susu kambing mengandungi kandungan gizi yang lengkap dan baik untuk kesihatan.Ianya, tidak mengandungi beta-lactoglobulin iaitu penyebab alahan yang boleh menyebabkan asthma, masalah pernafasan,radang telinga dan gangguan saluran pencernaan.Susu mempunyai tindak balas alkali yang memberi faedah pada mereka yang mempunyai masalah asid terlalu banyak dalam perut dengan cara menipiskan asid hidroklorik perut dan melindungi membran mukus di permukaan lapisan perut dari rosak...........


Kelebihan susu kambing:


  • Tidak mengandungi Protein kompleks(Alpha -casein & Beta -casein Protein)

  • Kandungan gizi dalam susu kambing ialah protein,zat besi, vitamin,garam galian,kalsium,potassium dan selenium yang paling tinggi berbanding susu yang lain.

  • Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek lebih tinggi berbanding susu lembu.

  • Molekul lemak lebih halus dan mudah dihadam.

  • Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan 2 jam.

  • pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik..........

Susu kambing(HiGOAT) ini elok diamalkan oleh semua peringkat umur...


Bagi rakan -rakan yang berminat untuk mendapatkan produk susu kambing Hi GOAT ini boleh menghubungi Normala bt Zulkufli di talian 0139889386...


Jualan produk ini juga dijalankan pada hari rabu di pasar malam UMP.


Sekian,terima kasih......wow skema pulak... Wassalam...






Sunday, January 10, 2010

~A Friend~







A friend is

A ccept you as you are,
B elieve in you,
C alls you just to say"Hi",
D oesn't give up on you,
E nvisionsthe whole of you,
F orgives your mistakes,
G ives unconditionally,
H elps you,
I nvites you,
J ust be with you,
K eeps you close at heart,
L oves you for who you are,
M akes a differene in your life,
N ever judges,
O ffer support,
P icks you up,
Q uits your fears,
R aises your spirit,
S ay nice thing about you,
T ells you the truth,
U nderstands you,
V alues you,
W alks beside you,
X plains thing you don't understand,
Y ells when you won't listen,

Z aps you back to reality.......



Saturday, January 9, 2010

Family Day SAHAM


Assalamualaikum...kawan-kawan.
Kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya mengikuti program SAHAM.
Hari ini saya telah mengikut program yang telah dirancang oleh Biro Dakwah Luaran SAHAM.Bagi pengetahuan kawan-kawan semua, SAHAM adalah satu persatuan yang bergerak aktif dalam UMP yang memainkan peranan penting untuk mengembangkan syiar islam serta menyebarkan dakwah kepada semua warga UMP.Balik kepada topik main ari nie,program nie disertai oleh semua ahli SAHAM dari tahun 1,2,3 dan 4.Program ini diadakan di Pantai Sepat.Kami bertolak lebih kurang pukul 7.45pagi,if not mistaken dan kami tiba dalam pukul 9pagi.Aktiviti pertama kami ialah "Streching Up",dalam aktiviti nie kami dibahagikan kepada 4 kumpulan muslimat dan 2 kumpulan muslimin.Kami dikehendaki mengutip sampah disekitar check point yang telah ditetapkan dan kumpulan yang mengutip sampah paling banyak dikira sebagai pemenang.Selepas itu,kami dibahagikan kepada 6 kumpulan muslimat dan 2 kumpulan muslimin.Aktiviti kali nie ialah "Explore Race".Setiap kumpulan telah dibekalkan dengan barang amanah iaitu 2 keping biskut dan 2 helai kertas yang mengandungi hadis.Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki menghafal hadis tersebut sebelum pukul 12 tengah hari.Kumpulan saya iaitu kumpulan 7 berjaya mendapat tempat kelima.Semasa aktiviti nie kami dikehendaki bergerak mengikut check point yang ditentukan iaitu kumpulan saya bermula dari check point ketiga dan dikehendaki menghabiskan semua aktiviti yang telah ditetapkan di check point 1-5.Kumpulan saya gagal menamatkan check point yang kelima dan kedua.Di check point5 kami dikehendaki mencari kertas warna kumpulan kami(pink) yang ditanam dalam pasir, tapi kami gagal menemuinya.Manakala di check point2 kami perlu mengisi air ke dalam botol yang bocor,kami tidak tahu teknik sebenar untuk memastikan botol tersebut dipenuhi air..Masa yang diberikan 10 minit,agak mencabar jugak lah, mana tidaknya kami tidak perasaan yang botol tersebut bocor..itulah sebabnya walaupun kami mengisi botol tersebut dengan air tapi botol tersebut tak penuh- penuh jugak...hehe..Ini semua sebab excited punya pasal lah..tapi Alhamdulillah kami dapat menamatkan aktiviti nie...memang best...nie lah first time saya mengikuti "explore race"...Kemudian ada aktiviti membaling belon yang berisi air kepada rakan kumpulan.Best betul,semua excited tapi ramai jugak yang belon mereka pecah sebas tak disambut olek rakan mereka...sebenarnya bukan salah rakan tapi jarak antara 2peserta agak jauh nak sambut punyalah payah...hehe..Selepas aktiviti tersebut,kami makan tengah hari dan menunaikan solat zohor di masjid berdekatan pantai tersebut.Lebih kurang pukul 2 ptg,Ustaz Azmi memberi sedikit tazkirah berkenanan pentingnya mengadakan aktiviti sebegini serta pentingnya kita mengeratkan silaturrahim sesama islam.Kemudian dikehendaki seorang muslimin dan muslimat memberi komen tentang perjalanan program dan outcomenya.Bagi muslimat,saya telah dipilih memberi komen,walaupun takut tetapi sebab ingin berkongsi pendapat dengan semua orang saya keluar jugak ke depan...bagi kawan2 yang mengenali diri saya, pasti tidak hairan kenapa saya berani ke depan untuk memberi sebarang cadangan ataupun apa2 saja untuk kebaikan saya dan semua orang...rasanya tidak bersalah kita keluar memberi pendapat untuk kebaikan...jadi bagi yang rasa takut2 nak ke depan untuk bercakap...buang sikap takut itu sebab kenapa perlu kita takut dan malu kalau kita tak buat salah....hehe lari topik utama pulak...ok balik ke topik asal...selepas itu,kami ada aktiviti perkongsian masalah bersama semua rakan2 dalam kumpulan serta diketuai oleh kak Zu(senior)..kemudian kami diberi masa sampai pukul 4 ptg untuk melakukan aktiviti sendiri seperti mengambil gambar dan sebagainya...Bagi pengetahuan kawan2...tempat yang kami pergi ini sangat cantik dan indah...sungguh indah ciptaan Allah s.w.t....pantainya sangat luas dan udaranya sangat nyaman....ketenangan ini betul2 menghilangkan stress terhadap assigment yang masih dalam proses...macam tak nak balik jer....sebenarnya aktiviti nie betul2 mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli2 SAHAM....Pada pukul 4 lebih kami bertolak balik ke UMP...walaupun penat tapi saya berasa seronok mengikuti program nie...insyaAllah saya berharap dapat mengikuti program lain yang dianjurkan oleh SAHAM...setakat inisaja je yang dapat saya post pada kali ini....

wassalam...

Thursday, January 7, 2010

...DoA .....


Assalamulaikum,kawan -kawan...

Alhamdulillah kerana akhirnya saya dapat juga post sesuatu dalam blog saya kali ini.Kesempatan kali ini ingin saya gunakan bersama teman sekalian tentang pentingnya doa dalam kehidupan seharian kite.Teman- teman, Rasulullah pernah bersabda:"Doa adalah senjata bagi setiap orang mukmin". Maka sabda baginda Rasulullah membuktikan betapa pentingnya doa dalam hidup kita. Untuk pengetahuan teman sekalian,doa adalah bukti keyakinan pada kekuasaan Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Doa dilafazkan kepadaNya dalam apa jua situasi pun bahkan semasa berada di medan peperangan.Hal ini membuktikan, dengan berdoa seseorang itu akan bertambah yakin terhadap sesuatu yang dilakukannya kerana mereka sangat yakin yang Allah s.w.t sentiasa berada di samping mereka dalam apa jua keadaan pun.;Lebih -lebih lagi dengan berdoa seseorang itu dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t serta sentiasa berusaha untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar.Sesungguhnya doa mampu menghalang dan menjadi benteng kepada setiap orang mukmin daripada melakukan maksiat dan kemungkaran.Selain itu,doa juga mampu meningkatkan keimanan mereka terhadap Allah s.w.t.Berdoa juga mampu mengelakkan seseorang daripada cepat berputus asa sekiranya mereka gagal dalam melaksanakan sesuatu perkara.Bahkan berdoa mampu memberikan ketenangan dan ketenteraman dalam kehidupan setiap orang mukmin.Sesungguhnya,doa adalah inti ibadah kita.

Jadi,teman-teman sentiasalah berdoa kepada Allah s..w.t agar hidup kita sentiasa berada di bawah keberkatan dan keredhaanNya.