Saturday, January 9, 2010

Family Day SAHAM


Assalamualaikum...kawan-kawan.
Kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya mengikuti program SAHAM.
Hari ini saya telah mengikut program yang telah dirancang oleh Biro Dakwah Luaran SAHAM.Bagi pengetahuan kawan-kawan semua, SAHAM adalah satu persatuan yang bergerak aktif dalam UMP yang memainkan peranan penting untuk mengembangkan syiar islam serta menyebarkan dakwah kepada semua warga UMP.Balik kepada topik main ari nie,program nie disertai oleh semua ahli SAHAM dari tahun 1,2,3 dan 4.Program ini diadakan di Pantai Sepat.Kami bertolak lebih kurang pukul 7.45pagi,if not mistaken dan kami tiba dalam pukul 9pagi.Aktiviti pertama kami ialah "Streching Up",dalam aktiviti nie kami dibahagikan kepada 4 kumpulan muslimat dan 2 kumpulan muslimin.Kami dikehendaki mengutip sampah disekitar check point yang telah ditetapkan dan kumpulan yang mengutip sampah paling banyak dikira sebagai pemenang.Selepas itu,kami dibahagikan kepada 6 kumpulan muslimat dan 2 kumpulan muslimin.Aktiviti kali nie ialah "Explore Race".Setiap kumpulan telah dibekalkan dengan barang amanah iaitu 2 keping biskut dan 2 helai kertas yang mengandungi hadis.Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki menghafal hadis tersebut sebelum pukul 12 tengah hari.Kumpulan saya iaitu kumpulan 7 berjaya mendapat tempat kelima.Semasa aktiviti nie kami dikehendaki bergerak mengikut check point yang ditentukan iaitu kumpulan saya bermula dari check point ketiga dan dikehendaki menghabiskan semua aktiviti yang telah ditetapkan di check point 1-5.Kumpulan saya gagal menamatkan check point yang kelima dan kedua.Di check point5 kami dikehendaki mencari kertas warna kumpulan kami(pink) yang ditanam dalam pasir, tapi kami gagal menemuinya.Manakala di check point2 kami perlu mengisi air ke dalam botol yang bocor,kami tidak tahu teknik sebenar untuk memastikan botol tersebut dipenuhi air..Masa yang diberikan 10 minit,agak mencabar jugak lah, mana tidaknya kami tidak perasaan yang botol tersebut bocor..itulah sebabnya walaupun kami mengisi botol tersebut dengan air tapi botol tersebut tak penuh- penuh jugak...hehe..Ini semua sebab excited punya pasal lah..tapi Alhamdulillah kami dapat menamatkan aktiviti nie...memang best...nie lah first time saya mengikuti "explore race"...Kemudian ada aktiviti membaling belon yang berisi air kepada rakan kumpulan.Best betul,semua excited tapi ramai jugak yang belon mereka pecah sebas tak disambut olek rakan mereka...sebenarnya bukan salah rakan tapi jarak antara 2peserta agak jauh nak sambut punyalah payah...hehe..Selepas aktiviti tersebut,kami makan tengah hari dan menunaikan solat zohor di masjid berdekatan pantai tersebut.Lebih kurang pukul 2 ptg,Ustaz Azmi memberi sedikit tazkirah berkenanan pentingnya mengadakan aktiviti sebegini serta pentingnya kita mengeratkan silaturrahim sesama islam.Kemudian dikehendaki seorang muslimin dan muslimat memberi komen tentang perjalanan program dan outcomenya.Bagi muslimat,saya telah dipilih memberi komen,walaupun takut tetapi sebab ingin berkongsi pendapat dengan semua orang saya keluar jugak ke depan...bagi kawan2 yang mengenali diri saya, pasti tidak hairan kenapa saya berani ke depan untuk memberi sebarang cadangan ataupun apa2 saja untuk kebaikan saya dan semua orang...rasanya tidak bersalah kita keluar memberi pendapat untuk kebaikan...jadi bagi yang rasa takut2 nak ke depan untuk bercakap...buang sikap takut itu sebab kenapa perlu kita takut dan malu kalau kita tak buat salah....hehe lari topik utama pulak...ok balik ke topik asal...selepas itu,kami ada aktiviti perkongsian masalah bersama semua rakan2 dalam kumpulan serta diketuai oleh kak Zu(senior)..kemudian kami diberi masa sampai pukul 4 ptg untuk melakukan aktiviti sendiri seperti mengambil gambar dan sebagainya...Bagi pengetahuan kawan2...tempat yang kami pergi ini sangat cantik dan indah...sungguh indah ciptaan Allah s.w.t....pantainya sangat luas dan udaranya sangat nyaman....ketenangan ini betul2 menghilangkan stress terhadap assigment yang masih dalam proses...macam tak nak balik jer....sebenarnya aktiviti nie betul2 mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli2 SAHAM....Pada pukul 4 lebih kami bertolak balik ke UMP...walaupun penat tapi saya berasa seronok mengikuti program nie...insyaAllah saya berharap dapat mengikuti program lain yang dianjurkan oleh SAHAM...setakat inisaja je yang dapat saya post pada kali ini....

wassalam...

4 comments: