Assalamualaikum....
Alhamdulillah akhirnya dapat jugak saya post entri kali ini...rasanya dah lama saya tak update apa2 ke blog ini...saya memanjatkan kesyukuran pada Illahi kerana masih memberi peluang kepada saya untuk meneruskan perjuangan hidup didunia.....sebagai khalifah Allah s.w.t....yang berperanan untuk menyeru manusia ke arah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran.....insyaAllah.....moga2 post entri kali ini memberi manfaat kepada semua yang mengunjungi blog ini.....kali ini saya ingin berkongsi berkenaan pesanan Rasulullah s.a.w mengenai amalan sebelum tidur....
Diceritakan pada suatu hari Fatimah mengeluh kepada alat penggiling rotinya dan menyampaikan hasratnya ingin seorang pembantu. Lalu Rasulullah S.A.W berkata kepada anaknya; Ketahuilah akan ku ajarkan kepada mu sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta daripadaku. Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah 34x, bertasbihlah sebanyak 33x dan bertahmidlah sebanyak 33x, maka itu adalah lebih baik dari seorang pembantu rumah.
Wahai saudariku kaum muslimah, Inilah wasiat Nabi S.A.W kepada puterinya yang suci, pemuka para wanita penghuni syurga. Maka marilah kita ambil pengajaran ini untuk dimanfaatkan pada kehidupan kita dunia dan akhirat.
Fatimah merasa sangat letih kerana banyak pekerjaan yang dilakukannya. Tentu anda tertanya-tanya apa gunanya zikir itu sedangkan sekiranya alangkah lebih baik baginda memberi seorang pembantu yang kebetulannya ada tawanan yang menawarkan diri untuk berkhidmat dengan sukarela.
Tahukah kamu dengan membuat kerja iaitu menanggung segala bebanan keluarga dengan hati yang ikhlas lagi redha adalah sebaik-baiknya perbuatan dan akan dibalas dengan kebaikan di akhirat kelak.
Dalam wasiat ini Rasulullah S.A.W berpesan kepada puterinya bahawa dengan zikir itu akan menghilangkan rasa keletihan, kesulitan dapat ditanggung dengan kesabaran dan yang lebih penting lagi mengharapkan pahala.
Telah kita ketahui bahawa berbanyakkan berzikir itu dapat mensucikan jiwa dan hati. Untuk mencapai kejayaan hati yang ihlas dan murni ini Rasulullah S.A.W berwasiatkan kepada semua wanita agar kita mendapat kebaikan dari berzikir itu.
Lihatlah betapa agungnya zikir itu digantikan dengan seorang pembantu, kerana pada zahirnya zikir itu memberikan kita kekuatan untuk menghadapi segala dugaan hidup.
Begitulah wahai saudariku kaum muslimah, wasiat Nabi S.A.W yang disampaikan kepada salah seorang pemimpin Syurga, Fatimah, iaitu berupa kesabaran yang baik. Perhatikanlah, bagaimana seorang puteri Nabi dan isteri kepada sahabat yang mulia harus menggiling, membuat adunan roti dan melaksanakan pekerjaan rumahtangganya.
Bagaimana pula dengan kita???Adakah kita bersemangat untuk meneruskan hari2 yang akan mendatang dengan penuh bertenaga???.....Jadikanlah amalan berzikir sebelum tidur sebagai satu kemestian yang dilakukan setiap hari agar kita akan bersedia untuk menghadapi hari2 yg mendatang tanpa sebarang keluhan dan rungutan .....insyaAllah.....
Akhir sekali...".Ingatlah Allah Bila berhadapan dengan segala perkara & lupakanlah segala perkara bila berhadapan dengan Allah"....
Beribadahlah kepadaNYa seolah2 Allah memerhatikan kita.....Sesibuk mana kita sekalipun....janganlah kita abaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah s.w.t....(peringatan untuk diri sendiri & yg lain)....insyaAllah.....jagalah ibadah dan akhlak.....
Wassalam.....
No comments:
Post a Comment