Assalamualaikum semua....dah lama rasanya tak update blog nie....so saya mengambil peluang untuk kongsi pengalaman saya di perantauan...(bukan luar negara but still around Malaysia)...program ini anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa UMP dengan kerjasama JHEPA .....tujuannya adalah untuk menilai kepimpinan pelajar....program ini berlangsung selama 6 hari bermula dari 30 Januari hingga 4 Febuari...(during Chinese New Year Holiday)....i plan to share my experience day by day..so i start with 30 January 2011(Sunday)....
Program ini bermula pada jam 7 pagi, semua peserta dikehendaki berkumpul di bus stop UMP sebelum bergerak ke Kuala Lumpur.Sepanjang dalam tempoh perjalanan ke Kuala Lumpur, peserta dikehendaki untuk membentuk kumpulan masing – masing yang terdiri sekurang-kurangnya 4 orang satu kumpulan.Bagi saya, program ini agak mencabar kerana hanya ada 6 orang siswi sahaja yang menjadi peserta .Bagi pengetahuan mereka yang sedang membaca catatan ini, program ini adalah program pertama yang pernah saya terlibat dengan jumlah peserta lelaki lebih ramai daripada perempuan.I’m not saying that I haven’t been corporate with guys before this but this time it’s quite challenging me because I need to travel with them all around Malaysia for almost 1 week and only 2 girls including me in the group.Namun begitu, ia tidak mematahkan semangat saya untuk teruskan niat saya untuk menyertai program ini, kerana saya yakin saya akan belajar sesuatu dari program ini.Ahli kumpulan saya terdiri daripada Faisal, Ismail,Yaya ,Fahmi ,Azwan Affandi(Af) dan Fazli.Setiap wakil kumpulan telah diminta untuk memilih salah satu kad yang akan menentukan destinasi pertama kumpulan tersebut selepas dilepaskan di KL Sentral.Kumpulan saya dikehendaki ke Kluang, Johor dan secara keseluruhannya terdapat 3 checkpoint yang perlu kami sampai iaitu Kuala Muda,Kedah dan Gua Musang Kelantan (yang kemudian telah ditukar ke Tanah Merah, Kelantan atas sebab-sebab tertentu).Kami (iaitu setiap peserta) dibekalkan dengan duit belanja sebanyak RM 250 dan bakinya akan diserahkan di checkpoint seterusnya.Sesampai sahaja di Kl Sentral, setiap kumpulan telah dilepaskan dan boleh bergerak ke destinasi masing-masing ,(disini kami dilatih untuk menjadi seorang yang berdikari dan berdisiplin).Kumpulan kami diketuai oleh Fazli dan kami telah bertolak ke Kluang selepas solat zohor menaiki bas.Kami tiba di Kluang lebih kurang pukul 6.30 petang dan kami sangat terkejut dengan keadaan Bandar Kluang yang banjir dan hujan yang berpanjangan (tidak henti-henti).Keadaan ini telah mengundang kerisauan dalam hati kami kerana kami risau sekiranya ia akan menghalang tugasan kami disitu.Namun begitu, kami melupakan masalah tersebut buat seketika dan ketua kami menelefon penjaga check point Kluang untuk mendapatkan kepastian di mana kami patut berjumpa dengan mereka.Dalam tempoh tersebut, kami meredah hujan untuk mencari tempat penginapan berdekatan memandangkan hari sudah malam dan hujan masih tidak henti.Akhirnya kami menginap di Ailang Hotel,Kluang.Kami telah diminta oleh ketua kami supaya turun berjumpa di lobi hotel untuk membincangkan tugasan yang akan dilakukan keesokkan harinya di Kluang pukul 10 malam.Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk membahagikan tugasan setiap ahli kumpulan dan berbincang tentang task yang ingin dibuat seanjang berada di Kluang.Kami memutuskan untuk mengedarkan flyers tentang Kempen Pembuangan Bayi “Apakah Dosaku”.
31 Januari 2011
Hari kedua di Kluang.Kami bergerak dari hotel untuk bersarapan pada pukul 8.30 pagi sebelum kami memulakan agenda kami di situ.Kami bergerak ke Terminal Kluang pada pukul 9.30pagi dan dibahagikan 2orang satu kumpulan untuk tujuan mengwar-warkan tentang kempen ini dan penggunaan talian Nur.Kumpulan masyarakat yang menjadi target kami adalah golongan ibubapa,remaja dan pekerja-pekerja kerajaan dan swastsa seperti pihak polis dan pekerja-pekerja di pusat memmbeli belah dan syarikat pengangkutan.Kemudian pada pukul 10.30 pagi,kami bergerak ke The Store untuk mengedarkan flyers dan risalah Talian Nur disana.Kami bukan sahaja mengedarkan tetapi jugak menerangkan tujuan kami melakukannya dan mendapatkan info daripada masyarakat tentang stastik gejala social di Kluang.Di The Store, saya mewakili kumpulan saya bersama-sama dengan dengan 3 orang ahli kumpulan yang lain telah berjumpa dengan pihak Human Resource untuk memohon mereka supaya mengumumkan dan mengwar-warkan tentang kempen “Apakah Dosaku” yang sedang dijalankan oleh Universiti Malaysia Pahang melalui Information Centre yang ada di pusat membeli belah tersebut.Kami membuat link dengan pusat membeli belah kerana sekiranya ada apa-apa event baru yang dilancarkan dari kesinambungan kempen ‘Apakah Dosaku’ pihak The Store akan memainkan peranan untuk menjadi media atau orang tengah untuk menyampaikannya kepada masyarakat disana.Selepas itu, kami bergerak ke Giant untuk melakukan perkara yang sama sebelum beredar semula ke hotel untuk persiapan check out dan bergerak untuk menemui penjaga check point di Batu Pahat.Dalam perjalanan ke sana, salah seorang ahli kumpulan kami telah mempromote UMP kepada pelajar-pelajar sekolah yang menaiki bas berkenaan (seramai 7 orang).Penerangan yang diberikan adalah ringkas dan padat tentang jurusan yang ditawarkan,penginapan dan keaadaan di kampus berkenaan.Selepas kami tiba di terminal Batu Pahat, kami bergerak ke Restoran (tak ingat nama restoran) untuk berjumpa dengan penjaga check point sebelum bergerak ke Kuala Lumpur pada petang itu jugak.
Ok...that's only for first and second day of journey...insyaAllah seterusnya saya akan berkongsi pengalaman saya dan sahabat-sahabat saya di Kedah...(checkpoint 2)...
Secara jujurnya, saya ingin mengatakan bahawa program ini telah menambah lagi keyakinan dalam diri saya..(terutamanya apabila perlu berkomunikasi dengan masyarakat luar yang bermacam ragam ).....
No comments:
Post a Comment