Thursday, November 12, 2009

kEhiDuPAn MaNusIa DeNgAn Al-Quran

Assalamualaikum,kawan -kawan sekalian..Kali ini saya ingin berkongsi sesuatu dengan kalian semua tentang membudayakan diri membaca al-Quran bagi setiap umat islam.Sebenarnya,kawan -kawan membaca al-Quran ini banyak kelebihannya.Tetapi pada zaman serba moden ini ramai di antara kita yang mula menjauhkan diri dari kalam Allah s.w.t.Segelintir daripada kita lebih gemar membaca majalah- majalah hiburan yang tidak mendatangkan sebarang manfaat daripada meluangkan masa sebentar membaca dan menghayati ayat -ayat suci Al-Quran.Kawan -kawan sekalian kita perlu sedar bahawa salah satu punca kemaksiatan dan kemungkaran yang berlaku hari ini adalah disebabkan tiadanya jiwa atau roh islam itu sendiri dalam diri setiap umat islam kini.Jiwa kita kosong bahkan dipenuhi dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.Contohnya, membaca majalah-majalah hiburan, menghabiskan masa ke program-program maksiat seperti konsert-kensert artis yang terang-terang telah melanggar batas-batas syara’, realiti yang tidak dapat disangkal lagi. Perkara ini jelas menginsafkan saya. Apa tidaknya, kalau kita sanggup berkorban masa untuk perkara-perkara yang sia-sia atau lebih teruk lagi kepada perkara-perkara maksiat yang sudah tentu mendapat kemurkaan Allah s.w.t mengapa tidak kita berkorban saja masa kita untuk membaca ayat-ayat suci al-quran. Ianya adalah satu sumber untuk kita mendapatkan kekuatan dari aspek kerohanian. Kita mungkin tidak tak dapat menandingi orang-orang terdahulu seperti imam As-Syafei yang mampu mengkhatamkan al-quran sebanyak dua kali sehari. Lebih mengkagumkan apabila beliau menghabiskannya di dalam solat pada bulan ramadhan. Subhanallah! Hari ini segelintir daripada kita nak baca satu ayat pun kadang-kadang susah bahkan tidak terdetik lansung dalam hati mereka untuk membacanya. Kalau kita menunaikan tanggungjawab kefardhuan solat lima waktu masih lagi bernasib baik, tapi bagaimana kalau solat fardhu pun kita tidak tunaikannya. Satu ayat bahkan satu huruf pun kita tidak menyebutnya. Inilah salah satu amalan atau cara hidup muslim yang sebenar disamping menunaikan tanggungjawab yang lain. Mungkinlah jika hendak dibandingkan dengan aktiviti-aktiviti yang lain, tak dapat untuk dibandingkan sekiranya kita mengharapkan habuan material semata-mata. Maka, di sinilah tahap keimanan dan kepercayaan kita terhadap janji-janji Allah diuji. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak pernah mungkir janji. Bila disebut soal ganjaran atau kelebihan maka orang yang selayaknya untuk menerima ganjaran itu sudah tentu orang yang berbuat kebaikan.Malah kelebihan orang -orang yang sentiasa bersama Al-Quran telah dijelaskan dengan terang.
Dan kelebihan orang yang bersama-sama dengan al-quran telah disebutkan oleh Rasulullah s.a.w bahawa baginda menyeru kepada kita semua supaya membaca al-quran kerana dengannya ia akan memberikan syafaat kepada kita di hari akhirat nanti. Selain itu, Rasulullah s.a.w juga memberitahu bahwa sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-quran akan diganjari dengan satu kebaikan dan setiap kebaikan itu diganda dengan sepuluh kebaikan. Begitulah kasihnya Allah swt terhadap hambanya.
Dan kelebihan orang yang bersama-sama dengan al-quran telah disebutkan oleh Rasulullah s.a.w bahawa baginda menyeru kepada kita semua supaya membaca al-quran kerana dengannya ia akan memberikan syafaat kepada kita di hari akhirat nanti. Selain itu, Rasulullah s.a.w juga memberitahu bahwa sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-quran akan diganjari dengan satu kebaikan dan setiap kebaikan itu diganda dengan sepuluh kebaikan. Begitulah kasihnya Allah swt terhadap hambanya.
Kita sebagai umat islam perlu membudayakan diri dengan membaca al-Quran.Kalau anda berasa agak susah,mulakan dengan perlahan -lahan.Sekurang -kurangnya baca satu ayat dalam sehari dan fahami maksudnya.Ini lebih baik jika dibandingkan tidak ada lansung ataupun daripada lidah kita dibasahkan dengan lirik-lirik lagu yang tidak bermanfaat. Jika mampu sekurang-kurangnya dalam masa tiga puluh hari itu kita dapat mengkhatamkan al-quran sebanyak sekali khatam. Namun bagi yang mampu, setiap tiga hari kita khatam seperti mana yang diceritakan agaimana Rasulullah s.a.w menjawab pertanyaan Ibnu Umar tentang tempoh mengkhatamkan membaca al-quran. Kemudian dijelaskan pula bahawa kewajiban yang perlu kita tunaikan ialah mempelajari bacaan al-quran dengan betul. Inilah tanggungjawab kita dalam memperbaiki dan mempercantikkan bacaan kita.
Contohnya bagi orang yang lidahnya susah untuk menyebut atau membaca al-quran makanya Rasulullah s.a.w ada menyebutkan perihal orang yang sebegini dan baginda menyeru supaya untuk diteruskan membaca al-quran kerana bagi mereka ada ganjarannya juga. Seterusnya, kita juga hendaklah terkesan dengan bacaan kita atau dengan kata yang lain ialah memerhati dan menyelami maksud-maksud setiap ayat yang kita baca. Kita boleh jadikan kisah bagaimana Saidina Umar sebagai contoh ikutan di mana beliau pernah tidak sedarkan diri selama sebulan kerana membaca syat yang berkaitan dengan azab Allah s.wt. Hari ini, kita nak menangis pun belum tentu. Dan tanggungjawab kita yang seterusnya ialah kita hendaklah menjaga hafalan serta mengulang ayat-ayat al-quran yang telah dan pernah kita hafal. Untuk akhirnya yang paling penting sekali ialah mengamalkan isi-isinya. Ketahuilah sesungguhnya al-quran itu boleh menjadi hujah bagi kita, tidak kurang juga al-quran juga boleh menjadi musuh kita di akhirat nanti. Nauzubillah min zalik. Oleh sebab itulah, al-quran itu bukan sahaja untuk di baca semata-mata. Akan tetapi ianya perlu disertai dengan penghayatan serta perlaksanaan dan inilah yang menjadi kewajiban bagi kita semua. Begitulah sedikit panduan serta peringatan yang boleh dikongsi bersama supaya kita ini tidak tergolong dikalangan orang-orang akan menyesal suatu hari nanti.
Begitulah kawan-kawan,dalam tak sedar kita telah mengabaikan tanggungjawab kita sebagai umat islam.Mudah -mudahan kita membudayakan hidup kita dengannya.
Islam itu yang seharusnya memerintah,bukan kita yang memerintah islam sepertimana yang kita lihat pada hari ini.
"Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk yang paling lurus dan memberi khabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan kebajikan,bahawa mereka akan mendapat pahala besar"
JADIKAN AL-QURAN PENEMAN HIDUP ANDA!

wallahua'lam

No comments:

Post a Comment